Dubai bina masjid cetakan 3D pertama dunia - Utusan Malaysia

Dubai bina masjid cetakan 3D pertama dunia

DUBAI akan memulakan pembinaan masjid cetakan 3D pertama dunia hujung tahun ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Bandar raya Dubai dilaporkan bakal membina masjid cetakan 3D pertama di dunia.

Perkara itu disahkan Ketua Kejuruteraan Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal (IACAD) Kerajaan Dubai, Ali Mohammad Alhalyan Alsuwaidi baru-baru ini.

Menurut beliau, struktur masjid istimewa setinggi dua tingkat itu meliputi kawasan seluas itu 2,000 meter persegi yang mampu menempatkan sekitar 600 jemaah.

“Ia akan dibina daripada campuran konkrit dan projek ini dirancang akan dimulakan menjelang akhir tahun dan dijangka siap pada suku pertama 2025.

“Kami memilih untuk membina masjid dengan cetakan 3D kerana ia adalah teknologi baharu yang paling inovatif selain berpotensi menjimatkan masa dan sumber berbanding kaedah pembinaan tradisional,” katanya. 

Lapor CNN, pembinaan bangunan menggunakan cetakan 3D memerlukan mesin pencetak besar yang diprogramkan dengan maklumat lengkap mengenai reka bentuknya. 

Mesin berkenaan akan mengeluarkan bahan binaan dari muncungnya dan menyusun struktur dalam lapisan. 

Sebilangan besar struktur cetakan 3D diperbuat daripada konkrit, tetapi mesin tersebut boleh mencetak menggunakan bahan lain seperti tanah liat.

Dubai turut berhasrat menjadi ibu kota percetakan 3D pertama di dunia dan sudah melancarkan strategi sejak 2018 dengan rancangan 25 peratus pembinaan baharu menggunakan kaedah tersebut menjelang 2030.

Pada tahun 2019, bandar raya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu memegang rekod dunia struktur cetakan 3D terbesar bagi bangunan Majlis Perbandaran Dubai setinggi 9.5 meter dengan keluasan 640 meter persegi.

Selain itu, bandar berkenaan turut membina pejabat cetakan 3D pertama di dunia serta makmal penyelidikan yang dibangunkan menggunakan teknologi sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.