DeSantis bakal bersaing dengan Trump rebut jawatan Presiden AS

DeSantis bakal bersaing dengan Trump rebut jawatan Presiden AS

RON DESANTIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Gabenor Florida, Ron DeSantis mengumumkan akan bertanding sebagai calon Parti Republikan pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 walaupun acara pelancaran yang dirancang bersama Pemilik Twitter, Elon Musk dicemari insiden gangguan teknikal.

DeSantis berikrar untuk membawa rakyat AS ke era baharu kejayaan dan memperjuangkan kebebasan mereka, sekali gus bersaing dengan bekas Presiden, Donald Trump yang turut mengumumkan pencalonannya tahun lalu.

Namun, acara pengumuman oleh DeSantis di Washington terjejas pada awalnya apabila aplikasi Twitter tidak berfungsi dengan baik dan kerap kali terputus ketika lebih 400,000 mengikutinya.

DeSantis hanya dapat bercakap selepas hampir setengah jam laman itu bergelut mengembalikan siaran.

Musk, yang menjadi hos rancangan dan bertugas menemu bual DeSantis cuba meredakan keadaan dengan mendakwa kehadiran terlalu ramai pengikut Twitter menyebabkan aplikasi itu terbeban.

“Saya menawarkan diri sebagai calon Presiden AS bagi memimpin negara ini kembali menjadi hebat,” katanya kepada penonton walaupun ramai pengikut Twitter dilaporkan sudah meninggalkan halaman itu kerana masalah teknikal yang dialami.

Kempen Presiden AS, Joe Biden pantas memanfaatkan isu tersebut dengan menghantar pautan ke halaman pengumpulan dana di Twitter dan menyatakan ‘pautan ini berfungsi’.

DeSantis, 44, terkenal dalam kalangan penyokong Republikan kerana lantang mengkritik dan menentang keras langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka, peraturan lockdown serta suntikan sepanjang pandemik Covid-19.

Lulusan Universiti Yale dan Harvard Law School itu mencipta nama dalam politik AS selepas menggubal dasar berhaluan kanan mengenai pelbagai isu sosial yang menimbulkan kemarahan golongan liberal namun mendapat pujian dalam kalangan konservatif.

DeSantis dilaporkan perlu bekerja keras merapatkan jurang dengan Trump yang mendahului perlumbaan Presiden AS dengan hampir 40 mata peratusan walaupun berdepan tuduhan sivil dan kes pencabulan seksual di Mahkamah New York.

DeSantis dijadual mengadakan mesyuarat di Miami dengan penderma utamanya, yang akan segera melancarkan gerakan mengumpul dana bagi pilihan raya Presiden yang akan berlangsung Mei tahun depan.-AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya