Cyprus tarik balik kewarganegaraan Jho Low - Utusan Malaysia

Cyprus tarik balik kewarganegaraan Jho Low

jho low
Jho Low
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICOSIA: Kabinet Cyprus dilaporkan menarik balik status kewarganegaraan yang diberikan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menurut laporan The Cyprus Mail, sumber mengesahkan pembatalan pasportnya dan memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan syor Menteri Dalam Negeri, Nicos Nouris.

Laporan tersebut mendakwa keputusan itu dibuat selepas Nouris menerima maklumat baharu berkenaan Jho Low.

Sebelum ini, pada Mac lalu, kerajaan Cyprus memutuskan tiada bukti yang mencukupi untuk membatalkan kerakyatan Jho Low.

Menurut laporan berkenaan, ada pihak di Cyprus memfailkan permohonan kewarganegaraan bagi pihak Jho Low walaupun beliau dilabelkan sebagai individu berisiko tinggi.

Jho Lo juga dipercayai memindahkan hampir 6 juta euro (RM29.4 juta) ke sebuah akaun di Bank of Cyprus selain membeli sebuah banglo di tepi pantai di Ayia Napa pada harga 5 juta euro (RM24.5 juta) sebelum mendapat kewarganegaraan beberapa hari kemudian.

Jho Low juga dilaporkan menyumbang kira-kira 310,000 euro (RM1.5 juta) kepada, Ketua Biskop, mendiang Chrysostomos II.

Jho Low sebelum ini kekal sebagai warga Cyprus walaupun kerajaan melancarkan prosiding untuk membatalkan status itu pada 2021.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya