'Coldplay, welcome to Jakarta'

‘Coldplay, welcome to Jakarta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah parti politik Indonesia menyatakan sokongan terhadap penganjuran konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di ibu negara ini pada 15 November ini.

Ketua Umum Parti Kebangsaan Bangsa (PKB), Muhaimin Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cak Imin memberitahu, parti itu tidak sepakat dengan sejumlah pihak yang menolak kedatangan kumpulan penyanyi berkenaan kerana mereka menyokong kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

MUHAIMIN ISKANDAR

Katanya, sokongan atau kegemaran bersikap individu, yang penting, nilai muzik serta persembahan yang ditonjolkan oleh Coldplay dalam konsert tersebut.

“Muzik itu neutral dan menjadi satu daripada sumber inspirasi positif yang membawa tenaga baik.

“Kita jangan tengok Coldplay itu menyokong LGBT, kita tengok nilai muzik yang dihasilkan mereka, yang boleh beri inspirasi positif.

“Welcome Coldplay to Jakarta, semoga konsert itu berlangsung dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Cak Imin juga menasihatkan para peminat kumpulan itu supaya tidak terlalu terdesak untuk membeli tiket.

Jelasnya, jika tidak mampu, jangan memaksa diri sehingga sanggup menjual barangan peribadi yang penting.

“Jika tidak mampu beli tiket, jangan terlalu memaksa, banyak lagi saluran yang kita boleh guna untuk tonton konsert tersebut,” ujarnya.

Konsert Coldplay dijangka diadakan si Stadium Gelora Bung Karno.

Tiket konsert itu dijual bermula dari harga 800,000 rupiah (RM243) hingga 11 juta rupiah (RM3,342) dan kesemuanya sudah habis dijual pada 17 dan 19 Mei lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN