Bimbang dibakar hidup-hidup, 23,000 penduduk larikan diri di Manipur

Bimbang dibakar hidup-hidup, 23,000 penduduk larikan diri di Manipur

ORANG ramai beratur untuk mengambil makanan yang disediakan di Lapangan Terbang Imphal selepas melarikan diri akibat bimbang dengan rusuhan etnik yang berlaku. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMPHAL: Dianggarkan 23,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing kerana bimbang mengenai keselamatan keluarga mereka susulan keganasan etnik yang tercetus di timur laut India.

Konflik itu setakat ini sudah meragut sekurang-kurangnya 54 nyawa.

Keganasan di negeri Manipur itu berlaku selepas protes yang diadakan oleh satu kumpulan etnik mencetuskan rusuhan pada minggu lepas, menyaksikan sejumlah kenderaan dan kediaman dibakar.

Situasi itu juga menyebabkan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata bagi meredakan rusuhan.

Pasukan tentera turut ditempatkan di negeri itu yang bersempadan dengan Myanmar, selain memberi arahan untuk ‘menembak sesiapa sahaja’ jika mendatangkan ancaman, melaksanakan perintah berkurung dan menyekat talian internet.

Tentera India semalam memaklumkan, tiada pertempuran baharu dilaporkan dan oleh hal yang demikian, perintah berkurung ditarik balik antara pukul 7 hingga 10 pagi di daerah Churachandpur, iaitu satu daripada lokasi panas.

“Dalam tempoh 24 jam lepas, pasukan tentera melakukan kawalan keselamatan yang ketat di lokasi berisiko berlakunya rusuhan ganas.

“Seramai 23,000 orang awam yang berpindah dari kediaman masing-masing sudah pun diselamatkan pasukan tentera dan mereka kini ditempatkan di pangkalan tentera sehingga langkah seterusnya diambil,” menurut kenyataan ketenteraan.

Seorang penduduk, L. Sanglun Simte, 29, berkhemah di luar lapangan terbang bersama keluarganya sejak Sabtu lalu dan enggan pulang ke rumah selagi keadaan belum stabil.

“Kami melarikan diri demi keselamatan. Keadaan ketika ini sangat teruk dan apa pun boleh berlaku.

“Sepupu saya terbunuh apabila rumahnya dibakar perusuh dan kami tidak mahu hal itu berlaku lagi,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN