Bidan beri alasan mahu tidur, wanita dan bayi dalam kandungan maut - Utusan Malaysia

Bidan beri alasan mahu tidur, wanita dan bayi dalam kandungan maut

TANGKAP layar luahan seorang suami mengenai insiden yang berlaku pada isteri dan anak dalam kandungannya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MURATARA: Seorang suami menzahirkan rasa sedih dan kecewa apabila isterinya meninggal dunia ketika mahu melahirkan zuriat sulung mereka di sebuah hospital di Muratara, Sumatera Selatan.

Menerusi Facebook, suami wanita tersebut menceritakan, dia membawa isterinya ke Hospital Pauh selepas air ketubannya pecah pada tengah malam 9 Mei lalu.

Isterinya diminta menunggu sehingga keesokan harinya dan sekitar pukul 1 tengah hari waktu tempatan, wanita tersebut masih belum melahirkan anak.

“Isteri saya menahan sakit terlalu lama, dari tengah malam sewaktu dimasukkan ke hospital sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir.

“Saya ada bertanya kepada bidan di hospital itu mengenai keadaan isteri dan dia menjawab ‘saya mahu tidur dulu, isteri awak lambat lagi mahu bersalin’.

“Saya tegur bidan itu, namun saya bersama ibu mentua dihalau keluar kerana mengganggu tugas mereka,” jelas lelaki itu.

Suami wanita itu menjelaskan, beberapa jam selepas itu, hospital terbabit memaklumkan kepadanya bahawa mereka tidak boleh menguruskan isterinya kerana mengalami komplikasi dan perlu dirujuk ke hospital lain.

Katanya, isteri dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas tiba di hospital yang dirujuk sebelum ini.

“Hanya kerana mahu tidur, saya kehilangan isteri dan anak sekali gus. Mereka (petugas hospital’ boleh sahaja maklumkan lebih awal jika tidak boleh uruskan isteri saya, tidak perlu dia menanggung kesakitan begitu lama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya