Bandar Norway tawar pengangkutan awam percuma setahun

Bandar Norway tawar pengangkutan awam percuma setahun

INISIATIF tersebut bertujuan mengurangkan jumlah kenderaan, sekali gus mengawal kesesakan trafik di bandar Stavanger. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Bandar Stavanger di Norway bersedia menawarkan pengangkutan awam secara percuma kepada penduduknya selama setahun bermula Julai ini.

Datuk Bandar Stavanger, Kari Nessa Nordtun berkata, Stavanger memperuntukkan sebanyak AS$18.4 juta (RM84 juta) untuk projek tersebut.

“Agensi berita Xinhua melaporkan, orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api di bandar ini secara percuma selama setahun.

“Inisiatif berkenaan bertujuan menangani pertambahan jumlah kenderaan persendirian dan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam di bandar keempat terbesar Norway.

“Dengan mengurangkan kadar kebergantungan terhadap kenderaan, bandar ini menyasarkan pengurangan kesan karbon dan kesesakan pada waktu puncak, sekali gus memberi faedah yang baik kepada alam sekitar serta masyarakat,” katanya.

Selain itu, Nordtun turut menyatakan kerajaan tempatan menetapkan sasaran bagi memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus perjalanan masyarakat dilakukan secara berjalan kaki, berbasikal atau menaiki pengangkutan awam.

Katanya, penyediaan pengangkutan awam secara percuma boleh membantu pihak berkuasa memastikan matlamat itu dicapai.

Sementara itu, belanjawan dan butiran teknikal untuk inisiatif tersebut dijangka diluluskan pada mesyuarat perbandaran pada 19 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya