Badan lelaki 'berkecai' dibaham 40 ekor buaya di Kemboja - Utusan Malaysia

Badan lelaki ‘berkecai’ dibaham 40 ekor buaya di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kira-kira 40 ekor buaya membaham seorang lelaki selepas dia terjatuh ke dalam kolam haiwan buas itu di taman buaya milik keluarganya.

Lelaki warga emas berusia 72 tahun itu cuba memindahkan seekor buaya keluar dari kolam yang menjadi tempatnya bertelur sebelum terjatuh.

Sebaik sahaja terjatuh ke dalam kolam itu, badan lelaki warga emas itu terus dibaham berpuluh-puluh buaya, menyaksikan isi badannya ‘berkecai’.

Ketua Polis Siem Reap, Mey Savry berkata, lelaki itu terjatuh apabila buaya yang cuba dipindahkannya itu menggigit kayu yang digunakan menyebabkan dia terjatuh ke dalam kolam.

“Mangsa diserang buaya lain sehingga mati, menyaksikan hampir seluruh badannya ada kesan gigitan.

“Satu daripada tangan mangsa terputus dibaham haiwan berkenaan,” katanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya