AS dakwa Russia kehilangan 100,000 tentera dalam perang Ukraine

AS dakwa Russia kehilangan 100,000 tentera dalam perang Ukraine

PENDUDUK menunggang basikal melepasi sebuah bangunan pangsapuri yang musnah akibat serangan Russia di bandar Avdiivka, Donetsk Oblast. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dianggarkan lebih 20,000 anggota tentera Russia maut dan 80,000 lagi cedera dalam pertempuran dalam tempoh lima bulan negara itu menyerang Ukraine, terutamanya di Bakhmut.

Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), John Kirby, Washington menganggarkan lebih 100,000 askar Russia menjadi mangsa perang, termasuk lebih 20,000 terbunuh.

“Usaha Russia menawan Donbass menerusi Bakhmut ternyata gagal. Russia gagal merampas sebarang wilayah yang dianggap strategik atau penting buatnya,” katanya.

Kirby berkata demikian sambil merujuk kepada sejumlah dokumen risikan rahsia AS yang didedahkan baru-baru ini.

Beliau juga mengesahkan separuh daripada tentera Russia yang terbunuh adalah askar upahan yang direkrut syarikat tentera upahan, agner yang memilih anggotanya dalam kalangan bekas banduan di Russia.

Pertempuran di Bakhmut disifatkan paling dahsyat sepanjang peperangan Russia dan Ukraine, menyaksikan banyak nyawa melayang sejak Disember lalu.

“Cubaan menguasai Bakhmut menyebabkan Russia berdepan dengan kos kerugian yang tinggi, menyaksikan hampir semua peralatan ketenteraannya digunakan, termasuk senjata dan anggota.

“Kita tidak menganggarkan kerugian Ukraine serta jumlah mangsa perang kerana mereka akan mangsa dan Russia penyerang,” jelas Kirby. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN