Arab Saudi rekod taburan hujan luar biasa dalam tempoh 40 tahun - Utusan Malaysia

Arab Saudi rekod taburan hujan luar biasa dalam tempoh 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi merekodkan taburan hujan luar biasa pada bulan lalu di pelbagai wilayah negara itu, sekali gus menjadi yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

Menurut Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian (MEWA), purata hujan mencapai rekod 31.81 milimeter (mm) pada April, iaitu lebih tinggi daripada purata 9.23 mm yang dicatatkan pada bulan sama tahun lalu.

MEWA mengeluarkan laporan hidrologi untuk April 2023 bagi mengukur hujan dan air banjir dikumpulkan dan diambil dari empangan.

Laporan itu menunjukkan terdapat 26 hari hujan pada bulan ini, meliputi kebanyakan wilayah.

Memetik laporan Saudi Gazette, paras hujan tertinggi dicatatkan pada 25 April iaitu sebanyak 137 ukuran dan ukuran hujan tertinggi dicatatkan sebanyak 79 mm pada 14 April di wilayah Asir.

Agensi MEWA dan Pusat Meteorologi Kebangsaan mempunyai 353 stesen cerapan hujan dengan 2,163 ukuran direkodkan.

Laporan itu juga menunjukkan air banjir dari 146 empangan sedia ada pada bulan lalu berjumlah 118 juta meter padu, manakala pada April 2022, terdapat 12.2 juta meter padu.

Menurut laporan itu, empangan di wilayah Asir mempunyai bahagian terbesar air banjir, lebih 28.50 juta meter padu.

Air banjir di Empangan Najran, Najran, berjumlah 20.59 juta meter padu, diikuti 14 juta meter padu di Empangan Baysh, Jazan.

Kira-kira 57.7 juta meter padu diambil dari semua empangan pada April, untuk membantu menambah telaga petani dan memelihara litupan tumbuh-tumbuhan.

Jumlah tertinggi adalah dari Empangan Najran, dengan 20.44 juta meter padu, diikuti Empangan Baysh, dengan empat juta meter padu.

Mulai bulan ini, MEWA sedang berusaha melaksanakan pelan operasi empangan dengan membuka pintu untuk tujuan pengairan, sambil mengekalkan had selamat air yang diperuntukkan untuk minuman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya