Terganggu dengar bacaan al-Quran, lelaki Australia ludah imam di Bandung - Utusan Malaysia

Terganggu dengar bacaan al-Quran, lelaki Australia ludah imam di Bandung

TANGKAP layar rakaman CCTV yang menunjukkan suspek memasuki masjid sebelum menuju ke arah imam dan meludah wajahnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Seorang lelaki warga Australia ditahan bagi membantu siasatan selepas didakwa meludah seorang imam di sebuah masjid, dalam satu kejadian, kelmarin.

Lelaki itu yang dikenali sebagai MB ditahan ketika menunggu penerbangan untuk pulang ke Australia di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Menurut polis, MB tiada niat melarikan diri, sebaliknya memang mahu pulang pada hari itu berdasarkan tiket dan tempoh visanya yang sudah tamat.

Selepas ditahan, lelaki itu dibawa ke Balai Polis Bandung untuk disoal siasat.

Terdahulu, MB didakwa meludah M. basri Anwar yang merupakan imam di Masjid al-Muhajir, Buahbatu, Bandung, Jawa Barat pada Jumaat lalu.

Lelaki itu dikatakan melakukan kesalahan tersebut kerana berasa terganggu dengan bacaan kitab suci al-Quran yang dipasang menerusi pembesar suara.

Tindakan MB dirakam kamera litar tertutup dan menjadi tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, MB dilihat memakai topi dan baju berwarna hitam sebelum memasuki masjid dan terus menuju ke mimbar.

Pelaku kemudiannya menghampiri Basri dan meludahnya ketika imam tersebut sedang mendengar bacaan al-Quran.

Dalam pada itu, Basri memaklumkan, dia diludah tepat pada wajahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.