Tentera Myanmar serang bandar Pazigyi, lebih 30 penduduk

Tentera Myanmar serang bandar Pazigyi, lebih 30 orang awam terbunuh

TENTERA Myanmar dituduh melakukan pembunuhan terhadap orang awam. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Tentera Myanmar melancarkan serangan udara ke atas bandar Pazigyi yang dikenali sebagai benteng penentangan rampasan kuasa sejak dua tahun lalu.

Lapor Al Jazeera, saksi dan media tempatan berkata, berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera dalam serangan antara yang paling teruk sejak tentera menguasai negara itu.

Memetik penduduk di kawasan Sagaing kira-kira 110 kilometer ke barat bandar utama Yangon, laporan berita yang diterima mereka mengatakan sekurang-kurangnya 30 orang termasuk orang awam terbunuh dalam serangan di bandar berkenaan.

Serbuan udara itu berlaku ketika penduduk berkumpul untuk perasmian pejabat pentadbiran.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 7:35 pagi dan orang ramai diserang oleh pesawat diikuti oleh helikopter Mi-35.

Memetik kata seorang penyelamat di tempat kejadian, dia mengesahkan 40 maut tetapi dia mengesyaki angka kematian akan meningkat dengan ketara berikutan pembunuhan beramai-ramai di sana amat dahsyat.

“Semua laporan yang kami lihat adalah mengenai orang awam dan jauh daripada sasaran tentera yang sebenar,” katanya.

Tiada maklum balas segera daripada pemerintah tentera Myanmar berhubung perkara itu.

Tentera Myanmar dituduh membunuh orang awam dalam serangan besar bagi menyekat penentangan puak bersenjata.

Bulan lalu, pemimpin rampasan kuasa Myanmar, Min Aung Hlaing berjanji untuk menangani secara tegas pengganas yang menentang pemerintahannya.

Pada 1 Februari 2021, tentera menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi sehingga menyebabkan protes aman.

Bagaimanapun, keganasan berdarah meningkat sejak itu dan disifatkan oleh pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai perang saudara.

Lebih sejuta orang kehilangan tempat tinggal ketika tentera meningkatkan serangan artileri dan serangan udara.

Seorang jurucakap tentera memberitahu Al Jazeera baru-baru ini bahawa serangan yang dilaporkan sebelum ini dipersalahkan ke atas pasukannya dan ia dilaporkan secara salah.

Negara-negara Barat dikatakan melancarkan sekatan terhadap jeneral pemerintah dalam usaha untuk menyekat pendapatan dan akses kepada peralatan ketenteraan daripada sekutu dan pembekal utama seperti Russia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN