Suspek letupan bom di St Petersburg ditahan

Suspek letupan bom di St Petersburg ditahan

LOKASI letupan kafe di St. Petersburg, Russia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pegawai penyiasat Russia memaklumkan pihaknya sudah menahan seorang suspek berhubung insiden letupan di sebuah kafe di St. Petersburg yang mengorbankan penulis blog tentera terkenal dan penyokong kuat kempen perang Moscow di Ukraine.

Jawatankuasa Siasatan Russia menerusi Telegram memaklumkan Darya Trepova ditahan selepas disyaki terlibat dalam insiden letupan kafe tersebut.

Agensi berita RIA Novosti melaporkan Trepova ditahan selama 10 hari kerana mengambil bahagian dalam demonstrasi tanpa permit pada Februari tahun lalu selepas Russia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.

Berdasarkan laman sesawang Kementerian Dalam Negeri, Trepova, 26, merupakan warganegara Russia yang berasal dari Saint Petersburg.

Penulis blog, Vladlen Tatarsky maut manakala 30 lagi individu cedera dalam insiden letupan yang berlaku di bandar kedua Russia, semalam.

Tatarsky atau nama sebenarnya Maxim Fonim merupakan pempengaruh terkenal yang menyokong operasi ketenteraan khas Russia di Ukraine serta lantang menyuarakan krtikan terhadap konflik antara kedua-dua negara itu.

Tatarsky terbunuh selepas menerima hadiah patung yang dipasang dengan bahan letupan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN