Shahabuddin dilantik Presiden baharu Bangladesh - Utusan Malaysia

Shahabuddin dilantik Presiden baharu Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Hakim bersara, Shahabuddin Chuppu mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Bangladesh untuk tempoh lima tahun.

Shahabuddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden ke-22 republik Asia Selatan itu di Istana Presiden Bangabhaban di Dhaka, disaksikan Speaker Parlimen, Shirin Sharmin Choudhury.

Acara itu disiarkan secara langsung oleh Televisyen Bangladesh kendalian kerajaan dan penyiar swasta lain.

Beliau yang merupakan calon parti pemerintah Liga Awami (AL), dipilih tanpa bertanding pada 13 Februari lalu.

Shahabuddin dilahirkan pada 1949 di bandar Pabna di utara Bangladesh dan bersara sebagai hakim pada tahun 2006.

Beliau merupakan seorang pejuang kemerdekaan dalam perang kemerdekaan negara pada 1971 dan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dari 2011 hingga 2016.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.