Ribut solar cipta aurora menawan - Utusan Malaysia

Ribut solar cipta aurora menawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE CANAVERAL: Ribut solar yang kuat mencetuskan fenomena aurora yang mempesonakan di beberapa kawasan di seluruh dunia

Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), letusan bahan panas dari matahari lewat minggu lalu melontarkan gas yang dikenali sebagai plasma ke arah bumi pada kelajuan hampir 3 juta kilometer sejam.

Bumi merasakan beban ribut itu dengan peramal memberi amaran kepada pengendali loji kuasa dan kapal angkasa tentang potensi gangguan.

Penyelaras Program Pusat Ramalan Cuaca Angkasa NOAA di Boulder Colorado, Bill Murtagh berkata, aurora dilaporkan merentasi bahagian Eropah dan Asia di mana pemerhati langit melihat pemandangan dari Wisconsin, Colorado, California, New Mexico dan juga Arizona.

Jelasnya, kebanyakan fenomena aurora di kawasan itu bercahaya kemerahan dan bukan hanya kilauan hijau seperti yang biasa dilihat.

‘Walaupun keadaan sudah reda, aurora mungkin masih kelihatan di Dakota Selatan dan Iowa lewat Isnin dan awal Selasa jika langit gelap.

“Lebih jauh ke utara, lebih indah persembahannya kerana zarah bertenaga berinteraksi dengan atmosfera yang lebih dekat dengan bumi,,” katanya.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya