Oliver Dowden dinamakan TPM baharu UK

Oliver Dowden dinamakan TPM baharu UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain menamakan Oliver Dowden sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu negara itu.

Dowden menggantikan Dominic Raab yang meletak jawatan semalam susulan laporan dakwaan beliau membuli beberapa rakan sekerjanya.

Sepanjang memegang jawatan timbalan perdana menteri, Raab dikatakan tidak mempunyai kuasa rasmi namun hanya mengambil alih jawatan perdana menteri sekiranya beliau berada di luar Parlimen atau tidak berupaya.

Dilaporkan, Dowden pada masa ini berkhidmat sebagai menteri pejabat Kabinet dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Rishi Sunak.

Sebelum ini, beliau merupakan pengerusi Parti Konservatif pimpinan Sunak namun meletak jawatan pada Jun lalu selepas dua kekalahan teruk dalam pilihan raya kecil untuk parti itu.

Dalam pengumuman sama, ahli Parlimen, Alex Chalk dilantik sebagai Menteri Kehakiman baharu menggantikan jawatan dipegang oleh Raab. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya