Montana lulus RUU haramkan TikTok 

Montana lulus RUU haramkan TikTok 

MONTANA negeri pertama di AS meluluskan RUU melarang penggunaan aplikasi TikTok pada peranti peribadi. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HELENA: Ahli Parlimen Montana meluluskan rang undang-undang (RUU) yang melarang aplikasi perkongsian video popular, TikTok daripada beroperasi di negeri itu.

Usaha itu dibuat ketika ancaman terbaharu terhadap kewujudan aplikasi milik China itu di Amerika Syarikat (AS). 

RUU dikenali sebagai SB 419, akan mengenakan larangan ke atas premis aplikasi mudah alih daripada menawarkan TikTok untuk dimuat turun kepada pengguna di Montana.  

Rang undang-undang itu diluluskan selepas memperoleh 54-43 undian di Dewan Perwakilan Montana. 

TikTok serta Apple dan Google, yang mengendalikan aplikasi tersebut akan berdepan denda sekiranya melanggar larangan berkenaan jika RUU itu menjadi undang-undang.

Ketika ini, rang undang-undang tersebut dalam proses untuk ditandatangani oleh Gabenor Montana, Greg Gianforte.

“Gabenor akan mempertimbangkan dengan teliti sebarang rang undang-undang yang dihantar oleh badan perundangan,” kata jurucakap pejabat gabenor Montana.

Dilaporkan, Montana menjadi negeri pertama di AS yang meluluskan RUU melarang penggunaan aplikasi perkongsian video popular itu pada peranti peribadi.

TikTok yang dimiliki oleh syarikat ByteDance, didakwa membawa risiko tinggi kepada keselamatan negara menerusi data dikumpulkan dari pengguna.      

Sementara itu, TikTok dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan terus memperjuangkan bagi pengguna dan pencipta aplikasi perkongsian video itu di Montana yang mana mata pencarian dan hak pindaan pertama itu terancam disebabkan tindakan melampau berkenaan. 

TikTok berdepan pengharaman yang semakin meningkat daripada beberapa penggubal undang-undang di AS atas kebimbangan mengenai potensi pengaruh kerajaan China ke atas platform itu. – REUTERS/AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.