Lima tentera Syria cedera serangan udara Israel di Homs - Utusan Malaysia

Lima tentera Syria cedera serangan udara Israel di Homs

DAMSYIK: Israel dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas bandar di wilayah Homs di Syria, mencederakan sekurang-kurangnya lima anggota tentera, lapor Kementerian Pertahanan.

Menurut agensi berita Mehr, serbuan awal pagi tadi merupakan yang ketiga dalam beberapa siri serangan sejak Jumaat lalu yang turut membunuh dua penasihat tentera Pengawal Revolusi Iran.

“Hari ini musuh Israel melakukan serangan udara dari timur laut Beirut yang menyasarkan kedudukan di bandar Homs dan wilayahnya.

“Pertahanan udara Syria memintas dan menembak beberapa peluru berpandu, tetapi lima anggota tentera kami cedera dan beberapa kerosakan material dikesan,” lapor agensi berita SANA memetik sumber tentera.

Syria menafikan dakwaan Barat dan Israel bahawa Iran mempunyai kehadiran tentera yang meluas di negara itu.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, serangan itu menyasarkan beberapa kedudukan tentera kerajaan Syria dan kumpulan pro-Iran di Homs.

Menurut badan tersebut, letupan menggegarkan bandar itu dan kebakaran berlaku di pusat penyelidikan dengan ambulans dilihat menuju ke lokasi serangan.

Israel dilaporkan melakukan tujuh serangan udara di Syria dan sudah membunuh lebih 15 orang di Damsyik bulan lalu.-AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received