Lima maut, pekerja bank tembak rakan dan buat 'Live' dalam

Lima maut, pekerja bank tembak rakan dan buat ‘live’ di Instagram

BEBERAPA pegawai polis yang bertindak balas terhadap serangan penembak di bangunan Old National Bank di Louisville, Kentucky. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOUISVILLE: Seorang pekerja bank berusia 25 tahun melepaskan tembakan di tempat kerjanya di Louisville, di negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS), membunuh lima orang dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan yang lain sebelum polis menembak dan membunuhnya.

Lapor AFP, selepas empat kematian awal, pihak berkuasa Louisville mengumumkan pada sebelah malam bahawa mangsa kelima, seorang wanita berusia 57 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan ditembak.

Polis mengenal pasti lelaki bersenjata dalam pembunuhan beramai-ramai AS terbaru itu sebagai seorang lelaki kulit putih bernama Connor Sturgeon dan dia adalah pekerja Old National Bank yang terletak di pusat bandar di bandar terbesar Kentucky.

Selepas menerima laporan mengenai tembakan di bank itu pada 8:38 pagi (waktu tempatan), polis dilaporkan berada di tempat kejadian dalam masa tiga minit.

Ketua Polis Sementara, Jacquelyn Gwinn-Villaroel dalam sidang media berkata, suspek bagaimanapun menembak ke arah pegawai yang turut membalas tembakan dan membunuhnya.

“Senjata pilihannya ialah senapang,” katanya tanpa menyatakan sama ada ia adalah senjata serangan yang sering digunakan dalam pembunuhan tragis di AS.

Gwinn-Villaroel mengesahkan bahawa penembak itu telah menyiarkan video secara langsung serangan itu di Instagram.

Jurucakap Meta, syarikat induk aplikasi media sosial itu memberitahu AFP bahawa perkara itu berhubung dengan penguatkuasaan undang-undang dan pihaknya segera mengalih keluar siaran langsung kejadian tragis berkenaan pagi ini.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai motif suspek, tetapi CNN memetik sumber penguat kuasa undang-undang sebagai berkata, suspek baru sahaja dimaklumkan akan kehilangan pekerjaan.

Gwinn-Villaroel berkata bahawa tiga orang berada dalam keadaan kritikal termasuk seorang pegawai polis yang ditembak di kepala.

Seorang daripada mangsa itu kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaannya, kata Jabatan Polis Louisville sambil menambah seorang lagi wanita dan tiga lelaki yang terbunuh dalam serangan itu, kesemuanya berumur antara 40 dan 64 tahun.

Salah seorang lelaki yang terbunuh, Tommy Elliot, 63, adalah rakan Datuk Bandar Louisville dan Gabenor Demokrat Kentucky.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya