Lelaki Mesir pecah rekod berenang dengan tangan bergari - Utusan Malaysia

Lelaki Mesir pecah rekod berenang dengan tangan bergari

SHEHAB Allam gembira selepas berjaya memecahkan Rekod Dunia Guiness acara berenang dengan tangan bergari di Teluk Arab.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Seorang perenang Mesir berjaya menguji kemahirannya dan memecahkan Rekod Dunia Guinness apabila mampu berenang sejauh lebih 11.65 kilometer (km) dengan tangan yang bergari.

Shehab Allam merangkul gelaran Rekod Dunia Guinness untuk acara berenang dengan tangan bergari paling jauh apabila dia berjaya menyempurnakan renangan tersebut di perairan terbuka di Teluk Arab.

Shehab memecahkan rekod sebelumnya sejauh 8.6 km yang dicatatkan oleh perenang Amerika Syarikat (AS), Benjamin Katzman pada tahun 2021.

Lapor UPI, lelaki berusia 31 tahun itu mengambil masa kira-kira enam jam untuk memecahkan rekod dicipta Benjamin.

“Semasa latihan, ramai yang memandang pelik apabila melihat saya berenang dengan tangan bergari. 

“Untuk mengelak daripada terus menarik perhatian ramai, saya memilih berenang di kawasan yang lebih tenang, biasanya berhampiran garisan had pantai, walaupun masih menerima beberapa pandangan sinis pengunjung sekitar,” katanya.

Menurut Shehab, dia akan berusaha lebih keras untuk memecahkan rekodnya sendiri, kerana  masih menyempurnakan teknik dipanggil tarikan dua lengan dan kuak sisi yang diubah suai.

“Perasaan menjadi antara elit yang memecahkan rekod membuatkan saya merasa seolah menjadi adiwira, malah mendorong saya untuk mengekalkan kedudukan dalam rekod selama yang mungkin,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya