Lebih 80 terbunuh dalam rempuhan pada acara agihan sumbangan

Lebih 80 terbunuh dalam rempuhan pada acara agihan sumbangan Aidilfitri

ORANG ramai bertindak balas semasa rempuhan pada acara pengagihan amal di ibu kota Yemen, Sanaa. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Lebih 80 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera dalam rempuhan pada acara amal pengagihan bantuan di Bab al Yemen di Sanaa, semalam.

Kata pegawai Huthi, ini merupakan salah satu rempuhan paling maut dalam tempoh sedekad.

Tragedi terbaru yang melanda negara termiskin di Semenanjung Arab itu berlaku beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri.

“Sekurang-kurangnya 85 terbunuh dan lebih 322 cedera selepas rempuhan di daerah Bab al-Yemen di ibu negara,

“Wanita dan kanak-kanak adalah antara yang maut,” kata seorang pegawai keselamatan Huthi kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Pegawai kesihatan bagaimanapun mengesahkan jumlah korban.

Wartawan AFP di Sanaa yang dikuasai Huthi berkata, kejadian itu berlaku di dalam sebuah sekolah tempat bantuan diagihkan.

Menurut saksi, beratus-ratus orang di negara yang dilanda kemiskinan itu berkumpul untuk menerima bantuan, menurut saksi.

Sebuah video yang disiarkan oleh saluran TV Al Masirah milik pemberontak Huthi menunjukkan sekumpulan mayat dikumpul dengan suasana orang ramai memanjat di atas satu sama lain untuk cuba melaluinya.

Pejuang bersenjata berpakaian tentera dan pekerja pengedaran menjerit kepada orang ramai supaya berpatah balik ketika mereka menarik orang untuk keluar dari rempuhan.

Kata kementerian Dalam Negeri Huthi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita pemberontak Saba, mangsa yang maut dan cedera dipindahkan ke hospital berdekatan dan mereka yang bertanggungjawab untuk pengedaran sumbangan turut ditahan.

Kementerian itu tidak memberikan angka yang tepat tetapi berkata, berpuluh-puluh orang terbunuh akibat rempuhan semasa pengagihan wang secara rawak oleh beberapa peniaga.

Ketua politik Huthi, Mahdi al-Mashat berkata, satu jawatan kuasa dibentuk untuk menyiasat kejadian berkenaan.

Seorang pegawai keselamatan Huthi berkata tiga orang telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN