Lebih 26 terbunuh ribut, puting beliung landa AS - Utusan Malaysia

Lebih 26 terbunuh ribut, puting beliung landa AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh selepas beberapa siri puting beliung melanda pekan dan bandar di Selatan dan Barat Tengah Amerika Syarikat (AS).

Puluhan rumah musnah dan beribu-ribu penduduk terputus bekalan elektrik selepas lebih 60 laporan puting beliung direkodkan di beberapa negeri.

Arkansas, Tennessee, Illinois, Indiana, Alabama dan Mississippi merekod kematian akibat bencana cuaca tersebut.

Ribut paling kuat dilaporkan membadai bandar Wynne di Arkansas dengan kelajuan kira-kira 170 kilometer sejam di timur ibu negeri Little Rock menyebabkan lima maut.

Gabenor Arkansas, Sarah Huckabee Sanders mengisytiharkan darurat di negeri itu dengan pasukan pengawal diaktifkan untuk membantu usaha pemulihan.

Lapor BBC, seorang maut dan 28 cedera selepas ribut kuat menyebabkan bumbung sebuah teater yang menganjurkan pertunjukan muzik heavy metal di Belvidere, Illinois runtuh.

Cuaca buruk dengan ribut petir, hujan batu serta angin kencang menyelubungi pantai timur AS sejak semalam dan diramalkan berterusan hingga lewat hari ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya