KRI Bima Suci mulakan misi keliling dunia - Utusan Malaysia

KRI Bima Suci mulakan misi keliling dunia

KAPAL KRI Bima Suci berlepas dari Jeti Ujung, Surabaya kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Prajurit Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) memulakan misi diplomatik mengelilingi dunia melalui ekspedisi pelayaran kapal KRI Bima Suci yang berlepas dari Jeti Ujung di Surabaya kelmarin.

Ekspedisi yang dinamakan Pelayaran Muhibah Duta Bangsa Kartika Jala Krida itu akan berlayar ke Batam, Sri Lanka, Oman, Arab Saudi, Mesir, Algeria, Perancis, Belanda, England, Norway, Scotland, Jerman, Sepanyol, hingga Tunisia.

Pelayaran itu dianggarkan mengambil masa sekitar tujuh bulan atau 214 hari di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Tentera Laut, M. Sati Lubis.

Menurut Sati, misi pelayaran membawa 145 kadet Tentera Laut Kelas III bersama 95 anak kapal dan 14 kakitangan latihan itu bertujuan  untuk mengasah kemahiran perajurit muda sebelum mereka ditugaskan di kapal-kapal Angkatan Laut TNI.

Selain itu, mereka yang mengikuti pelayaran tersebut turut ditugaskan untuk memperkenalkan kewujudan Indonesia kepada dunia, baik dari segi budaya mahupun pelancongan.

“Latihan ini sudah dipersiapkan dengan baik supaya pelan pelayaran dapat berjalan mengikut jadual yang dirancang. Kadet juga diharap dapat membina jalinan hubungan antara pegawai muda dengan anggota tentera laut dari negara luar.

“Jarak yang ditempuh beribu-ribu batu ketika berada di laut sudah tentu akan bertemu banyak dugaan. Semoga kami tidak berdepan ribut dan pulang ke Indonesia dengan selamat,” katanya.

KRI Bima Suci juga dilaporkan bakal mengambil bahagian dalam beberapa acara antarabangsa, bermula dari ASEAN Cadet Sail, L’Armada di Perancis, Tall Ships Race di Belanda dan Hanse Sail di Jerman sebelum kembali ke Indonesia sekitar November.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya