Korea Utara bina 10,000 rumah moden di Hwasong, Pyongyang

Korea Utara bina 10,000 rumah moden di Hwasong, Pyongyang

KIM Jong-un (tengah) mengumumkan rancangan pada 2021 untuk membina 50,000 pangsapuri baharu di ibu negara dalam tempoh lima tahun.-AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara mengadakan majlis bagi meraikan siapnya 10,000 rumah moden baharu di daerah Hwasong yang baru dibina di Pyongyang.

Lapor Channel News Asia, pemimpin Kim Jong Un mengambil bahagian dalam majlis itu serta beberapa pegawai kanan kerajaan termasuk Kim Tok Hun.

Pencapaian itu selepas dua bulan Jong Un melancarkan pecah tanah iaitu pada Februari yang disifatkan sebagai satu lagi jalan mewah sosialisme yang penuh dengan kebahagiaan rakyat.

Pada 2021, Korea Utara mengumumkan rancangan untuk membina 50,000 pangsapuri baharu di ibu negara dalam tempoh lima tahun.

Sejak itu, Korea Utara berkata, ia bergerak ke hadapan dengan beberapa siri projek pembinaan, beberapa daripadanya masih diteruskan di tengah-tengah kecurigaan asing terhadap kekurangan makanan.

Jong Un berkata, pelan perumahan itu adalah projek yang ditunggu-tunggu oleh parti dan negaranya dan dia menegaskan semula ideanya untuk menjadikan Pyongyang sebuah bandar antarabangsa, menurut KCNA.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.