Kawah terbentuk akibat pelancaran roket Starship

Kawah terbentuk akibat pelancaran roket Starship

SERPIHAN konkrit bertaburan di sekitar tapak pelancaran Starbase di Boca Chica, berdekatan Brownsville, Texas. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Sebuah kapal angkasa milik SpaceX yang meletup ketika dalam ujian penerbangan pada minggu lalu, dilaporkan menyebabkan kerosakan teruk di tapak pelancaran di Texas.

Antara kerosakannya adalah serpihan bongkah konkrit dan kepingan logam bertaburan sekitar tapak pelancaran itu, selain kawah besar terbentuk di permukaan tanah ketika ujian penerbangan roket Starship. 

Starship merupakan roket paling berkuasa pernah dibina, selain direka khas untuk menghantar kru angkasawan ke Bulan dan misi lain.

Roket yang diuji tanpa anak kapal dalam ujian penerbangan itu dilaporkan meletup selepas empat minit dilancarkan.

Menurut laporan AFP, kerja-kerja membaiki kerosakan akibat ujian penerbangan roket itu dijangka mengambil masa beberapa bulan.

“Ia berpotensi menangguhkan misi pelancaran lain dan melambatkan rancangan pembangunan roket Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) untuk digunakan dalam misi Bulan seterusnya,” jelas laporan itu.

Satu rakaman video menunjukkan sejumlah serpihan batu bertaburan sejauh Teluk Mexico, kira-kira 420 meter jarak semasa roket Starship itu berlepas.

Berdasarkan laporan media tempatan, kepulan debu dan habuk menyelubungi ruang udara sebuah pekan, beberapa kilometer dari tapak pelancaran roket itu.  

Beberapa gambar di tapak pelancaran itu menunjukkan pelengkap yang menyokong roket Starship sebelum dilancarkan, sudah rosak namun masih dalam keadaan utuh.

Bagaimanapun, gambar tular dalam media sosial memaparkan sebuah kawah besar terbentuk di permukaan tanah di tapak pelancaran itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya