Greece bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya

Greece bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Presiden Greece, Katerina Sakellaropoulou menandatangani dekri membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan pada 21 Mei depan.

Terdahulu, Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis mengadakan pertemuan dengan Sakellaropoulou.

Dalam pertemuan itu, Mitsotakis memohon pembubaran Parlimen kerana mandat empat tahun kerajaan dibawah pimpinannya akan berakhir.

“Parlimen baharu dibentuk hasil pilihan raya akan bersidang pada 1 Jun 2023, hari Khamis,” jelas dokumen disiarkan Warta Rasmi Kerajaan.

Jelas dokumen itu, pada persidangan pertama, ahli Parlimen baharu akan mengangkat sumpah.

“Pada keesokan hari iaitu 2 Jun, pengerusi akan dipilih,” jelas dokumen itu.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, Calliope Spanou dilantik sebagai pemangku Menteri Dalam Negeri dan akan mengangkat sumpah bagi jawatan tersebut hari ini.

Selain itu, beliau juga akan bertanggungjawab mengadakan pilihan raya Parlimen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN