Gempa bumi 4.7 magnitud landa Kahramanmaras di Turkiye

Gempa bumi 4.7 magnitud landa Kahramanmaras di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Gempa bumi berukuran 4.7 skala Richter melanda wilayah Kahramanmaras di Turkiye, hari ini.

Lapor Agensi Anadolu, gempa bumi itu melanda wilayah itu sekitar pukul 4.55 pagi (waktu tempatan).

Berdasarkan laman sesawang Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), pusat gempa dikesan di daerah Goksun.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman tujuh kilometer (km).

Dilaporkan, wilayah Kahramanmaraş menjadi pusat dua gempa bumi kuat berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud yang melanda Turkiye pada 6 Februari lalu.

Gempa bumi tersebut turut menggegarkan 10 wilayah lain termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye, Elazığ dan Şanlıurfa.

Kira-kira 14 juta penduduk di Turkiye serta ramai lagi di Syria terjejas akibat gempa bumi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya