Gempa 6.9 gegar Sumatera Barat, cetus tsunami kecil - Utusan Malaysia

Gempa 6.9 gegar Sumatera Barat, cetus tsunami kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENTAWAI: Satu gempa bumi kuat melanda Kepulauan Mentawai di Sumatera Barat pada awal pagi ini sehingga mencetuskan tsunami kecil di Pulau Siberut.

Menurut Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG), tsunami itu setinggi 11 sentimeter dan berlaku selepas gempa sekuat 6.9 skala Richter melanda pada pukul 3 pagi waktu tempatan.

Sehubungan itu, BMKG menerusi kenyataan meminta penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pantai, terutamanya di Pulau Tanabala di daerah Nias Selatan supaya berpindah buat sementara waktu.

Orang ramai juga dinasihatkan menjauhi kawasan pantai sehingga keadaan stabil.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN