Belum ada bukti punca virus Covid-19 - bekas CDC China 

Belum ada bukti punca virus Covid-19 – bekas CDC China 

PENDUDUK berjalan di sebelah Pasar Makanan Laut Huanan yang ditutup, di Wuhan, wilayah Hubei, tengah China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China, George Gao mengesahkan setakat ini belum ada bukti menunjukkan haiwan mana menjadi punca penyebar virus Covid-19.

Gao berkata demikian ketika berucap pada sidang kemuncak mengenai persiapan pandemik di London.

Beliau menggalas tanggungjawab sebagai ketua agensi berkenaan apabila Covid-19 pertama kali muncul di Wuhan, China pada akhir tahun 2019. 

“Malah, sehingga sekarang, orang ramai menganggap sesetengah haiwan merupakan pembawa atau sumber penyakit itu.

“Pendek kata, tiada bukti menunjukkan haiwan mana yang menyebabkan virus tersebut,” katanya.

Asal usul pandemik Covid-19 masih kekal tidak diketahui, dengan China didakwa menghalang usaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenainya.

Kerajaan China memaklumkan pihaknya sentiasa menyokong semua usaha untuk menyiasat sumber virus itu.  

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan semua hipotesis berhubung asal usul Covid-19 masih kekal terbuka termasuk virus itu dikaitkan dengan penularan dari makmal bagi kajian patogen berbahaya di Wuhan. 

China bagaimanapun menafikan sebarang kaitan sedemikian.

WHO juga memaklumkan bukti setakat ini menunjukkan virus itu datang daripada haiwan berkemungkinan kelawar. 

Data diperoleh dari fasa awal pandemik dimuat naik ke pangkalan data global oleh para saintis China pada bulan lalu. 

Ia termasuk jujukan genetik yang ditemukan pada lebih 1,000 sampel haiwan dan persekitaran diambil pada Januari 2020 di Pasar Makanan Laut Huanan di Wuhan. 

Data itu menunjukkan DNA daripada pelbagai spesis haiwan dikesan pada sampel persekitaran yang diuji positif bagi SARS-CoV-2 iaitu virus yang menyebabkan Covid-19.

Menurut sebuah pasukan penyelidik antarabangsa, keputusan itu menunjukkan haiwan `paling berkemungkinan pembawa’ virus tersebut. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN