Xi Jinping tiga penggal dilantik Presiden China

Xi Jinping dilantik Presiden China bagi penggal ketiga

XI JINPING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Xi Jinping dilantik sebagai Presiden China buat penggal ketiga yang menyaksikan beliau sebagai pemimpin paling berkuasa negara itu dalam tempoh beberapa generasi.

Lapor AFP, Pelantikan itu membolehkan Jinping mengunci lima tahun lagi sebagai ketua Parti Komunis China (PKC).

Bagaimanapun, Jinping yang berusia 69 tahun terpaksa berdepan bantahan rakyat yang meluas mengenai dasar sifar Covid-19 selain mengabaikan kematian ramai akibat penyakit tersebut.

Isu-isu tersebut dilaporkan cuba dielakkan untuk dibahaskan pada Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) sepanjang minggu ini, acara yang disusun dengan teliti yang juga ditetapkan untuk melantik sekutunya, Xi Li Qiang sebagai perdana menteri baharu China.

Pada hari ini, para perwakilan sebulat suara menyerahkan Jinping untuk penggal ketiga sebagai Presiden China dan melantiknya semula sebagai Ketua Suruhanjaya Tentera Pusat negara itu.

Pemilihan semula Jinping adalah kemuncak peningkatan yang luar biasa di mana beliau beralih daripada seorang pegawai parti yang agak kurang dikenali kepada seorang pemimpin kuasa global yang semakin meningkat.

Pelantikannya itu membolehkannya menjadi Presiden PKC yang paling lama berkhidmat dan bermakna Jinping boleh memerintah sehingga usia tujuh puluhan, jika masih tiada pencabar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya