Trump anjur perhimpunan, lancar kempen Pilihan Raya Presiden

Trump anjur perhimpunan, lancar kempen Pilihan Raya Presiden 2024

DONALD Trump berucap dalam perhimpunan pertamanya sempena kempen Pilihan Raya Presiden 2024 di Lapangan Terbang Waco. -AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump  mengadakan perhimpunan pertama di Waco, Texas sempena kempen Pilihan Raya Presiden yang akan diadakan pada tahun depan.

Dalam perhimpunan itu, Trump turut mengecam pendakwa raya yang menyiasatnya dalam isu bayaran wang ‘tutup mulut’ kepada pelakon filem lucah pada 2016 dan membidasnya dengan menggunakan bahasa-bahasa kesat.

Trump dikatakan membuka perhimpunan itu dengan memainkan lagu Justice for All yang menampilkan barisan koir lelaki dalam kalangan mereka yang dipenjarakan kerana terlibat dalam pemberontakan 6 Januari 2021 di bangunan Capitol AS.

Mereka turut menyanyikan lagu kebangsaan AS dan turut terdapat rakaman Trump membaca ikrar setia.

Dalam ucapannya, Trump dikatakan membela pemberontak mengatakan mereka akan dibenarkan dan menyifatkan siasatan yang dilakukan terhadapnya kini sebagai sesuatu yang lebih seram dari rancangan Stalin Russia.

“Sejak awal ia adalah satu pemburuan ‘ahli sihir’ dan siasatan palsu demi satu,” katanya.

Trump sedang disiasat oleh pendakwa raya di Manhattan kerana pelanggaran kewangan dalam kempen yang berpunca daripada dakwaan pembayaran ‘tutup mulut’ kepada seorang pelakon filem lucah menjelang Pilihan Raya Presiden 2016. 

Seorang peguam khas yang dilantik oleh Jabatan Kehakiman juga sedang menyiasat dakwaan mengenai Trump menyorok dokumen rahsia dan mendalangi rancangan untuk membatalkan Pilihan Raya Presiden 2020.

Trump mengisytiharkan bahawa musuhnya kini terdesak dan mereka melakukan segala yang  boleh untuk menghancurkan semangatnya dan penyokongnya.

“Tetapi mereka gagal. Mereka hanya menjadikan kami lebih kuat dan 2024 adalah pertempuran terakhir, ia akan menjadi yang besar. 

“Anda meletakkan saya kembali di White House, pemerintahan mereka akan berakhir dan AS akan menjadi negara bebas sekali lagi,” ujarnya.

Trump mengadakan perhimpunan pertama itu di pekarangan Lapangan Terbang Waco ketika bandar itu menyambut ulang tahun ke-30 peristiwa serbuan ejen Persekutuan terhadap penganut mazhab agama Branch Davidians yang mengakibatkan 86 kematian termasuk empat pegawai penguat kuasa undang-undang. 

Ramai pelampau sayap kanan melihat serbuan itu sebagai satu momen penting yang berjaya melampaui batas kerajaan.

Trump bagaimanapun menegaskan lokasi dan masa acara perhimpunannya  tidak ada kaitan dengan peristiwa berkenaan atau ulang tahunnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.