Stesen Janakuasa Nuklear Zaporizhzhia di Ukraine terancam

Stesen Janakuasa Nuklear Zaporizhzhia di Ukraine terancam

STESEN Janakuasa Nuklear Zaporizhzhia diancam bahaya jika Russia terus menguasainya. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine tidak dapat menjamin keselamatan di Stesen Janakuasa Nuklear Zaporizhzhia berikutan kemudahan itu kini dikawal oleh tentera Russia sebagai sebahagian daripada apa yang disifatkan sebagai ‘peme­rasan radiasi Moscow’.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengesahkan status terkini kemudahan tenaga nuklear terbesar di Eropah itu kepada ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Zelenksyy dilaporkan bertemu Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi di bandar Zaporizhzhia kelmarin yang terletak di wilayah yang dikuasai Ukraine.

Selain isu loji janakuasa nuklear, Zelenskyy juga membuat aduan kepada Grossi mengenai masalah yang disebabkan oleh serangan Russia di loji kuasa hidro Dnipro.

Ukraine cuba memberikan perlindungan maksimum terhadap loji kuasa hidro tersebut dengan anggaran AS$1 bilion (RM4.398 bilion) setelah kemudahan itu rosak akibat serangan Russia yang menyasarkan infrastruktur tenaga di negara itu.

CAMPUR TANGAN TEKNOLOGI
Zelenskyy memberitahu Gros­si bahawa kakitangan di loji nuklear Zaporizhzhia berada di bawah tekanan berterusan berikutan tentera Russia gagal mematuhi peraturan keselamatan selain campur tangan dalam proses teknologi.

“Tanpa penarikan segera tentera dan kakitangan Russia dari stesen janakuasa nuklear Zapo­rizhzhia dan kawasan berse­belahan, sebarang inisiatif untuk memulihkan keselamatan dan keselamatan nuklear pasti akan gagal.

“Tanpa penarikan segera tentera dan kakitangan Russia dari stesen janakuasa nuklear Zapo­rizhzhia dan kawasan berse­belahan, sebarang inisiatif untuk memulihkan keselamatan dan keselamatan nuklear pasti akan gagal.

“Memegang tebusan stesen janakuasa nuklear selama lebih daripada setahun, ini sudah pasti perkara paling buruk yang pernah berlaku dalam sejarah kuasa nuklear Eropah atau seluruh dunia,” kata Zelenskyy.

Tentera Moscow merampas loji Zaporizhzhia, kemudahan tenaga nuklear terbesar di Eropah yang pada awal perang, tentera Russia membedil kemudahan itu yang boleh mempertaruhkan kemalangan nuklear yang serius.

BENCANA NUKLEAR
Pergaduhan yang berterusan di sekitar loji itu mencetuskan kebimbangan kerana sistem penyejukannya boleh kehilangan kuasa selain timbul kebimba­ngan berlakunya bencana nuklear.
Enam reaktor loji berkenaan sedang dalam mod penutupan dan kemudahan itu menerima tenaga elektrik yang diperlukan bagi mengelakkan kerosakan reaktor melalui hanya satu talian kuasa yang tinggal.

Loji itu juga terpaksa bertukar kepada penjana diesel kecemasan untuk menghidupkan sistem penyejukan pentingnya kerana kuasa dari grid utama terpotong oleh tembakan peluru.
Awal bulan ini, pertempuran yang berlaku mengganggu bekalan kuasa ke loji selama sete­ngah hari, memaksa kakitangan untuk mengaktifkan penjana sandaran.
Grossi menyatakan turut bimbang terhadap perkemba­ngan itu.

Dalam ciapan Twitter yang disiarkan sebelum ini, Grossi berkata, dia dan Zelenskyy mempunyai perancangan me­ngenai perlindungan kilang dan kakitangannya.
Jika kita membiarkan ini berterusan dari semasa ke semasa, maka satu hari nasib kita tidak akan menentu,” katanya.

Grossi berulang kali meminta satu zon keselamatan diwartakan di sekitar loji Zaporizhzhia dan beliau dijangka melawatnya semula minggu ini.

Agensi itu bagaimanapun menempatkan kakitangan secara tetap di sana sejak lawatan terakhirnya dilakukan pada September tahun lalu.

IAEA berkata, pada bulan Januari, ia menempatkan pasukan pakar di keempat-empat loji janakuasa nuklear Ukraine itu untuk mengurangkan risiko kemalangan, termasuk loji Chernobyl yang kini ditutup yang kemalangan maut nuklearnya pada 1986 merebak ke sebahagian besar Eropah.

Sementara itu, pegawai Russia berkata, mereka sebenarnya mahu menyambungkan loji Zaporizhzhia ke grid kuasa Russia sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya