Scotland negara pertama henti guna gas anestetik desflurane - Utusan Malaysia

Scotland negara pertama henti guna gas anestetik desflurane

Data NHS menunjukkan gas pelali yang digunakan kepada pesakit semasa pembedahan mempunyai potensi pemanasan global 2,500 kali lebih besar daripada karbon dioksida.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EDINBURGH: Scotland  menjadi negara pertama di dunia yang menghentikan gas pelali anestetik desflurane berikutan ancaman yang ditimbulkan ubatan tersebut kepada alam sekitar.

Data Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mencadangkan gas yang digunakan untuk membuatkan pesakit tidak sedarkan diri semasa pembedahan mempunyai potensi pemanasan global 2,500 kali lebih besar daripada karbon dioksida.

NHS England akan memperkenalkan larangan serupa mulai tahun depan di semua hospital negara itu kecuali dalam keadaan luar biasa.

Lapor BBC, negara-negara lain termasuk Eropah dilaporkan akan melakukan langkah serupa dalam beberapa tahun akan datang.

Pakar Bius dan Ketua Klinikal Program Hijau Kebangsaan Scotland, Dr. Kenneth Barker mengakui agak terkejut apabila mendapati ubat anestetik yang digunakannya selama lebih sedekad untuk banyak pembedahan besar dan rutin sangat berbahaya kepada alam sekitar.

“Saya menyedari pada 2017 bahawa jumlah desflurane yang kami gunakan dalam kerja seharian sebagai pakar bius menghasilkan pelepasan yang setara dengan kadar pencemaran ketika saya memandu sejauh 1,078 kilometer pada hari yang sama.

“Saya memutuskan untuk berhenti menggunakannya serta-merta dan ramai pakar bius turut menyertainya,” katanya.

Banyak hospital kini beralih kepada gas anestetik yang selamat dan berkesan dengan potensi pemanasan yang kurang seperti sevoflurane atau mempunyai potensi pemanasan global 130 kali ganda daripada karbon dioksida selain anestetik bukan gas alternatif dan peralatan yang lebih cekap.

Strategi bersih-sifar NHS England termasuk melihat sistem pemanasan dan pencahayaan yang lebih mesra alam, kenderaan lebih hijau serta kajian tentang impak ubat-ubatan terhadap alam sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.