Ruang rahsia ditemukan di Piramid Giza - Utusan Malaysia

Ruang rahsia ditemukan di Piramid Giza

RUANG rahsia ditemukan di Piramid Khufu oleh sekumpulan saintis baru-baru ini.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sebuah ruang rahsia yang sudah wujud kira-kira 4,500 tahun lalu ditemukan di salah satu Piramid Besar di Mesir.

Koridor sepanjang sembilan meter panjang dan lebih dua meter lebar itu ditemui berhampiran dengan pintu masuk utama salah satu daripada tiga Piramid Giza.

Pasukan saintis daripada Projek ScanPyramids menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk mengesan lorong tersebut yang terletak di sebelah utara Piramid Khufu tanpa melakukan sebarang penggalian.

Ahli arkeologi hairan tentang fungsi ruangan berkenaan dan akan melakukan lebih banyak kajian terhadap koridor tersembunyi itu yang tidak boleh dimasuki dari luar piramid.

Saintis yang terlibat dalam projek itu, Profesor Christian Grosse berkata, pelbagai teknik imbasan digunakan untuk mengesan ruang tersebut termasuk pengukuran ultrabunyi dan radar penembusan tanah.

“Para saintis mengesan koridor menggunakan radiografi lanjutan dan kemudian mengumpul imejnya dengan memasukkan endoskop kecil melalui sambungan di dalam batu piramid.

“Terdapat dua batu kapur besar di ruang hujung, dan kini persoalannya adalah apa yang ada di sebalik batu-batu ini dan di bawah laluan itu,” katanya.

Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri membuat spekulasi bahawa koridor yang separuh siap itu digunakan untuk mengagihkan semula berat piramid di sekitar pintu masuk utama yang sering digunakan pelancong atau di sekitar ruang lain yang belum ditemui.

Sebuah lagi koridor tertutup yang lebih panjang berukuran 29 meter ditemukan pada tahun 2017 di Piramid Khufu.

Piramid Khufu dinamakan sempena penciptanya iaitu firaun dinasti keempat yang memerintah dari 2509 hingga 2483 sebelum masihi.

Piramid Khufu membentuk salah satu bahagian daripada tiga Piramid Besar Giza yang merupakan Tujuh Keajaiban Dunia Purba yang masih teguh sehingga kini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya