Roket cetakan 3D gagal dilancarkan - Utusan Malaysia

Roket cetakan 3D gagal dilancarkan

ROKET Terran 1 di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Sebuah roket yang dibina hampir sepenuhnya daripada bahagian bercetak 3D gagal dalam misi pelancaran pertamanya selepas beberapa kali percubaan.

Cubaan itu dilakukan dalam masa tiga jam di stesen angkatan angkasa Cape Canaveral melibatkan roket Relativity Space bernama Terran 1.

Walaupun tiga kali cubaan, syarikat itu tidak dapat melancarkan roket tersebut selepas mengalami  kegagalan pada saat akhir termasuk masalah enjin dan gangguan bot yang menceroboh zon keselamatan pelancaran roket.

“Percubaan Relativity Space untuk melancarkan Terran 1 membawa satelit kecil ke orbit Bumi bermula pada waktu tengah hari kelmarin tetapi terpaksa ditangguhkan selama lebih satu jam disebabkan oleh masalah pukulan angin. 

“Percubaan untuk melancarkan Terran 1 kali kedua digagalkan 70 saat sebelum berlepas oleh sebuah bot yang hanyut di dalam zon keselamatan pelancaran.

“Kami cuba melancarkannya semula pada sebelah petang tetapi sembilan enjin Aeon 1 yang dinyalakan mati secara tiba-tiba menyebabkan roket  kekal berada di atas padnya,” jelas Pengarah Pelancaran Relativity Space, Clay Walker.

Walker berkata, 85 peratus daripada roket itu termasuk enjinnya dihasilkan daripada pencetak 3D di ibu pejabat syarikat di Long Beach, California.

Roket Terran 1 merupakan prototaip untuk kenderaan pelancar yang lebih besar dan boleh diguna semula sepenuhnya dipanggil Terran R.

Jika Terran 1 berjaya, Relativity Space akan menggunakan teknik pencetakan 3D untuk membina Terran R yang lebih besar dan dijangka mampu mengangkat muatan sehingga 22,000 kilogram ke orbit Bumi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN