PBB kecam menteri Israel gesa penempatan Palestin dihapuskan

PBB kecam menteri Israel gesa penempatan Palestin dihapuskan

BEZALEL SMOTRICH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam kenyataan seorang menteri kanan Israel yang mahu sebuah kawasan penempatan penduduk Palestin dihapuskan.

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich mengeluarkan kenyataan demikian beberapa hari selepas dua penduduk maut ditembak di Huwara yang mendorong penduduk Yahudi menyerang kawasan itu di Tebing Barat.

Smotrich dalam kenyataannya mendakwa kampung Huwara perlu dihapuskan dan menegaskan Israel perlu melakukannya.

Bagaimanapun, Smotrich dalam ciapan di Twitter memaklumkan kenyataan beliau tidak bermaksud menghapuskan kampung Huwara, sebaliknya merujuk pada tindakan khusus yang menyasarkan aktiviti keganasan.

Ketua hak asasi manusia PBB, Volker Turk ketika berucap di Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva mengecam komen asal Smotrich.

Beliau juga menyifatkan kenyataan menteri itu sebagai sukar difahami dan berunsur hasutan sehingga boleh mengundang keganasan dan permusuhan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya