Pakai pelitup muka elak jangkitan ketika solat tarawih - Utusan Malaysia

Pakai pelitup muka elak jangkitan ketika solat tarawih

UMAT Islam di Indonesia disaran memakai pelitup muka ketika menunaikan solat tarawih.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Persatuan Respirologi Indonesia (PDPI) merayu orang ramai supaya memakai pelitup muka dan mematuhi protokol kesihatan semasa menunaikan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Setiausaha PDPI, Irawaty Djaharuddin menegaskan, pemakaian pelitup muka penting kerana wabak Covid-19 masih menjadi ancaman di Indonesia walaupun trend kes positif dan aktif cenderung lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Ramadan kini menjelang, sudah tiba masanya untuk orang ramai berkumpul, dan kita benar-benar harus sangat waspada.

“Lebih-lebih lagi terdapat ramai orang yang mempunyai imuniti rendah dan komorbiditi seperti kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung,” katanya ketika memberi taklimat dalam webinar bertajuk Covid-19 Masih Mengintai.

Jelasnya, memakai pelitup muka semasa melakukan aktiviti ibadah dapat membantu antara satu sama lain bagi mengurangkan risiko jangkitan terutamanya dalam kalangan warga emas dengan komorbiditi.

“Sila maklum bahawa sistem imun orang dewasa yang lebih tua tidak sebaik orang muda atau mereka yang mempunyai sistem imun yang kuat.

“Untuk solat tarawih, orang ramai boleh menggunakan pelitup muka perubatan biasa yang boleh memberi perlindungan secukupnya semasa melakukan aktiviti ibadah di masjid,” tambahnya seperti dipetik Antara News.

Selain itu beliau juga turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada menghisap rokok kerana boleh memudahkan virus atau kuman memasuki saluran pernafasan.

“Jika boleh, orang ramai digalakkan untuk tidak menghisap rokok, mengurangkan sentuhan fizikal, kerap membasuh tangan selepas bersalaman dengan saudara mara dan melengkapkan vaksinasi sebelum menyertai mudik Aidilfitri 2023,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.