Mata wang ASEAN bukan keutamaan

Mata wang ASEAN bukan keutamaan

KAO Kim Hourn berucap dalam satu syarahan awam di Universiti Pelita Harapan di Tangerang, Banten. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penubuhan mata wang asas dan kesepaduan kewangan bagi rantau ASEAN bukan menjadi keutamaan buat masa ini berikutan banyak agenda lain yang perlu diberi perhatian.

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn ketika berucap dalam satu syarahan awam di Universiti Pelita Harapan di Tangerang, Banten, semalam.

Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai pemulihan pandemik pasca Covid-19 yang merupakan keutamaan penting di ASEAN pada masa ini.

“Saya rasa idea kesepaduan kewangan sudah dibincangkan sejak 20 tahun lalu.

“Sudah ada idea dan perbincangan, namun perjalanannya masih jauh lagi kerana kita mempunyai keutamaan lain sekarang,” katanya sepertimana dilaporkan portal Antara.

Selain pemulihan pasca pandemik, jelas Kim Hourn, kesalinghubungan ASEAN, agenda ekonomi biru dan peningkatan perdagangan dalam rantau itu turut menjadi keutamaan semasa yang lain.

“Semua perkara ini juga menjadi keutamaan penting kami. Jadi, apabila menyentuh mengenai kesepaduan kewangan, ia masih dalam pertimbangan,” katanya.

Indonesia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini, mencadangkan penubuhan rangkaian pembayaran serantau (RPC) untuk menyokong pembayaran rentas sempadan di rantau itu.

Bank pusat dan pihak berkuasa kewangan lima negara iaitu Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkasa pembayaran rentas sempadan yang lebih pantas, murah, telus dan inklusif.

Sistem kod imbasan QR lima negara dijangka akan dihubungkan untuk mencapai matlamat itu.

Sejak MoU mengenai RPC ditandatangani pada November tahun lalu, QRIS rentas sempadan hanya digunakan di Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya