Maghribi buka makmal ganja pertama untuk perubatan

Maghribi buka makmal ganja pertama

PENDUDUK sedang berjalan di ladang ganja di kampung Azila, wilayah Ketama di Maghribi. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Maghribi merasmikan makmal ganja pertama di negara itu untuk kegunaan perubatan dan industri lain seperti makanan.

Lapor Agensi Anadolu, Koperasi Bio Cannat dalam satu kenyataan memaklumkan makmal yang terletak di bandar Chefchaouen akan digunakan untuk memproses ganja dalam industri makanan dan farmaseutikal.  

Jelas kenyataan itu, makmal itu sudah memperoleh permit untuk penggunaan ganja dalam industri dan perubatan pada Oktober 2022.

Menurut kenyataan, bahan itu akan digunakan dalam industri makanan, perindustrian, perubatan dan paramedik kerana mempunyai banyak manfaat yang terbukti secara saintifik dalam melegakan kesakitan.   

“Kita akan melakukan eksperimen bersama beberapa petani di Chefchaouen untuk menyediakan bahan mentah iaitu benih yang dimaksudkan bagi tujuan ini,” katanya.

Pada November tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan usahanya untuk menangani masalah perdagangan ganja haram menyebabkan penurunan kira-kira 80 peratus dalam penanamannya.

Tahun lalu, Maghribi mendedahkan pelan penggunaan ganja dalam perubatan dan industri.

Kerajaan juga meluluskan undang-undang untuk membenarkan penggunaan bahan itu dalam perubatan dan industri berkaitan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN