Loyang kuih tersangkut di leher kanak-kanak - Utusan Malaysia

Loyang kuih tersangkut di leher kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang kanak-kanak dari Sleman di Yogyakarta berdepan detik cemas selepas loyang kuih tersangkut di lehernya ketika asyik bermain dengan peralatan masakan itu di dapur rumahnya baru-baru ini.

Seramai empat anggota bomba wilayah Sleman dikerahkan membantu kanak-kanak tersebut dan kejadian itu tular selepas video operasi menyelamat dimuat naik di laman Twitter.

Menurut Ketua Operasi dan Siasatan Damkar Sleman, Nawa Murtiyanto, kejadian bermula apabila kanak-kanak  itu memakai loyang tersebut di kepalanya seolah-olah sebagai topi.

Namun kerana kepalanya yang kecil, loyang tersebut terus jatuh dan tersangkut di bahagian leher kanak-kanak itu. 

Ibu bapa kanak-kanak itu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak bomba selepas gagal mengeluarkan loyang berkenaan yang agak keras.

“Proses menyelamat agak sukar kerana loyang tersebut agak tebal dan keras.

“Petugas berusaha mencari sambungan pada loyang itu untuk mencari titik paling lemah apabila dipotong namun tidak ada.

“Pegawai terpaksa memotongnya perlahan-lahan menggunakan pengisar mini yang menambil masa kira-kira 45 minit. Syukur budak lelaki itu akhirnya berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,” jelas Nawa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya