Lobak gergasi 45.8 kilogram dituai di Jepun

Lobak gergasi 45.8 kilogram dituai di Jepun

Lobak putih terbesar ditanam oleh syarikat Jepun. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah syarikat Jepun memperoleh Rekod Dunia Guinness apabila pekerjanya berjaya menuai lobak putih gergasi yang mempunyai berat 45.8128 kilogram.

Lapor UPI, Guinness World Records dalam kenyataan berkata, Manda Fermentation Co. mengkhusus dalam makanan tambahan dan baja yang diperbuat daripada tumbuhan yang ditapai.

Mereka dikatakan menggunakan teknologi yang dicipta untuk menanam lobak gergasi setiap tahun.

Organisasi penyimpanan rekod itu berkata, syarikat tersebut menuai lobak pada akhir Februari lalu yang kini memperoleh rekod lobak terberat dunia.

Syarikat itu biasanya menuai lobaknya selepas tiga bulan, tetapi lobak yang memecahkan rekod itu dibenarkan tumbuh selama enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.