Lelaki dakwa bapa larikan isterinya

Lelaki dakwa bapa larikan isterinya

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki di Rajasthan, India menarik perhatian ramai apabila membuat laporan polis terhadap bapanya sendiri yang didakwa menggoda isterinya sehingga wanita itu melarikan diri bersamanya. 

Lapor Oddity Central, Pawan Vairagi dari kampung Silor menuduh bapanya, Ramesh Vairagi jatuh cinta dengan isterinya sehingga menyebabkan wanita itu berlaku curang dan memutuskan untuk meninggalkannya.

“Pawan sering berjauhan dengan keluarga disebabkan kerja, jadi ini mungkin memberi peluang kepada Ramesh untuk menghabiskan banyak masa dengan isterinya,” jelas laporan itu.      

Pasangan itu baru-baru ini melarikan diri dan meninggalkan anak perempuan Pawan yang berusia enam bulan.

Selepas mengetahui perkara tersebut, Pawan bertindak membuat laporan polis di daerah Bundi dengan menuduh bapanya merampas isterinya serta mencuri basikal miliknya yang digunakan oleh pasangan itu untuk melarikan diri.

Beberapa media tempatan melaporkan Pawan juga mendakwa bapanya terlibat dalam aktiviti haram lain.

Ketika ditanya oleh media, Pawan mengesahkan membuat laporan polis terhadap Ramesh dan menganggap isterinya tidak bersalah.

Dia juga menuduh polis tidak memandang serius terhadap kesnya.

Sementara itu, polis menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan pihaknya sedang berusaha untuk mencari pasangan yang hilang itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya