Jutaan ikan sungai Darling-Baaka mati akibat gelombang haba 

Jutaan ikan sungai Darling-Baaka mati akibat gelombang haba  

JUTAAN bangkai ikan terapung di permukaan sungai di Menindee, New South Wales. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Penduduk di sebuah bandar kecil di Australia dikejutkan dengan berjuta-juta bangkai ikan terapung di permukaan sungai di negara itu.   

Lapor BBC, kematian ikan pada skala besar itu mula-mula dilaporkan pada pagi semalam di Menindee, New South Wales (NSW).

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu mungkin berpunca daripada gelombang haba berterusan yang menjejaskan sungai Darling-Baaka.   

Penduduk tempatan memaklumkan satu lagi kematian ikan besar-besaran berlaku di bandar itu selepas pernah mengalami insiden yang serupa tiga tahun lalu.

Jabatan Industri Utama (DPI) NSW dalam satu catatan di Facebook memaklumkan gelombang haba memberi ‘tekanan’ pada sistem yang sedang mengalami situasi ekstrem akibat banjir besar-besaran.

Menurut jabatan itu, kematian ikan pada skala besar itu turut menyukarkan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar sungai tersebut.

“Kami akan bekerjasama dengan agensi Persekutuan untuk bertindak terhadap insiden terbaharu ini, termasuk menjalankan siasatan untuk mencari punca,” jelasnya. 

Dilaporkan, kira-kira 500 penduduk tinggal di bandar terletak di barat NSW.

Sungai Darling-Baaka adalah sebahagian daripada sistem Murray-Darling sepanjang ratusan kilometer merentasi beberapa negeri di Australia.

Sementara itu, seorang penduduk Menindee bernama Graeme McCrabb menyifatkan lautan bangkai ikan terapung di permukaan air itu sebagai amat kritikal.

Malah, dia berasa bimbang risiko kematian ikan pada skala besar akan terus berlaku memandangkan bangkai ikan yang sudah reput menyedut lebih banyak oksigen daripada air.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya