Jual rumah pusaka didiami selama 102 tahun - Utusan Malaysia

Jual rumah pusaka didiami selama 102 tahun

LOKASI kediaman milik Nancy Joan Gifford yang dulunya hanya berharga 200 pound (RM1,083).-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOMERSET: Seorang wanita berusia 104 tahun akhirnya mengambil keputusan menjual rumah didiaminya sejak berumur dua tahun yang dibeli keluarganya  dengan harga hanya 200 pound (RM1,083) ketika itu.

Lapor Sky News, Nancy Joan Gifford dilahirkan beberapa bulan selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama dan menghabiskan 102 tahun tinggal di rumah tiga bilik tidur di perkampungan Street di Somerset.

Dia kini meletakkan rumah itu di pasaran, setelah mendiaminya selama lebih satu abad melalui zaman Perang Dunia Kedua, ciptaan televisyen dan penemuan makam Tutankhamun.

Menurut kalkulator inflasi Bank of England, harga ketika keluarga Gifford membeli rumah itu pada tahun 1921 menyamai nilai 7,750 pound hari ini namun kediaman tersebut dijual pada harga 169,950 pound (RM920,657).

Anak lelaki Gifford, John, 79, yang masih tinggal di Street berkata, banyak keluarga yang masih tinggal di kawasan itu dan mereka saling mengenali antara satu sama lain.

“Masa yang kami lalui semasa zaman kanak-kanak sangat indah. Melintasi padang, melompat ke atas parit, bermain sarang burung, dan berenang di sungai menjadi rutin harian kami, yang tidak lagi dilakukan oleh kanak-kanak hari ini.

“Pada masa itu kebanyakan kanak-kanak seusia kami mengenali semua orang dan kami semua suka mengadakan rumah terbuka malah tidak merasa takut untuk meninggalkan pintu tanpa dikunci. Kami semua miskin, tetapi semua orang gembira,” kata John.

Menurut ejen harta tanah, rumah berkenaan dibina pada tahun 1882 dan pada asalnya menampilkan perigi komunal untuk keseluruhan jalan.

Ketika Gifford berpindah ke rumah berkenaan, tandas dan ruang cucian berada di luar, namun kini kawasan itu sudah ditutup dan mempunyai dapur yang baharu dipasang dengan kebanyakan binaan masih sama.

Gifford memutuskan menjual rumah itu dan berpindah ke pusat jagaan di Glastonbury berdekatan akibat masalah kesihatan dialaminya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya