Jokowi larang jabatan kerajaan anjur majlis berbuka puasa - Utusan Malaysia

Jokowi larang jabatan kerajaan anjur majlis berbuka puasa

JOKOWI menyeru kakitangan jabatan kerajaan besederhana ketika berbuka puasa.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) melarang jabatan kerajaan dan Aparatur Sipil Negara (ASN) mengadakan sebarang majlis buka puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Perintah itu dikeluarkan dalam surat arahan penyelenggaraan buka puasa bersama yang disahkan Setiausaha Kabinet, Pramono Anung kelmarin.

Dalam surat berkenaan terdapat tiga  arahan daripada Jokowi berkaitan aktiviti berbuka puasa bersama yang sebelum ini dilakukan di pejabat kerajaan melibatkan ASN atau penjawat awam.

Menurut surat tersebut, pengendalian Covid-19 kini dalam peralihan daripada pandemik kepada endemik, menyebabkan langkah berjaga-jaga masih diperlukan. 

Sehubungan itu semua perancangan majlis berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan tahun ini terpaksa dimansuhkan.

Ketua Pusat Penerangan Kementerian Dalam Negeri, Benni Irwan berkata, pihaknya diminta segera mengedarkan surat arahan tersebut kepada gabenor, bupati dan datuk bandar untuk dikuatkuasakan segera sepanjang Ramadan. 

“Surat tersebut juga meminta menteri, ketua institusi, ketua lembaga, dan ketua daerah mematuhi arahan Presiden dan menyampaikannya kepada seluruh pegawai dan kakitangan masing-masing.

“Kami sudah menyiapkan surat pekeliling yang diedar ke setiap wilayah dan daerah di seluruh Indonesia bermula kelmarin,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya