Itali berusaha selamatkan 1,300 pendatang di Laut Mediterranean

Itali berusaha selamatkan 1,300 pendatang di Laut Mediterranean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Tentera laut dan pasukan pengawal pantai Itali berusaha keras untuk menyelamatkan kira-kira 1,300 pendatang yang berdepan kesukaran di Laut Mediterranean Tengah, kira-kira dua minggu selepas insiden kapal karam yang mengorbankan lebih 70 nyawa.

Beberapa gambar disiarkan oleh pengawal pantai Itali menunjukkan tiga bot yang sesak dengan pendatang, dilaporkan sedang menuju ke arah selatan Calabria.

Operasi menyelamat besar-besaran itu dijalankan ketika kerajaan Itali mempertahankan daripada tuduhan gagal mencegah insiden kapal karam berlaku pada bulan lalu.

Pengawal pantai Itali berkata, operasi menyelamat yang dijalankan amat rumit disebabkan jumlah pendatang yang amat ramai di atas bot berkenaan.

Menurut tentera laut, salah sebuah kapalnya sedang menghampiri mangsa pada kelajuan maksimum untuk membantu pengawal pantai, yang dikatakan berdepan kesukaran.

Pengawal pantai pula berkata, pasukan penyelamat sedang membantu sebuah bot yang dianggarkan membawa kira-kira 500 individu, sekitar 129.64 kilometer dari selatan Crotone.

Pada masa sama, pasukan penyelamat turut membantu dua lagi bot yang berada lebih jauh, berhampiran Roccella Ionica.

Sekurang-kurangnya 73 orang maut selepas sebuah bot yang sesak dengan pendatang, karam berhampiran Crotone akibat ribut pada bulan lalu.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Giorgia Meloni menafikan bertanggungjawab terhadap insiden itu di tengah-tengah dakwaan menyatakan pihaknya menganggap kapal itu sebagai isu penguatkuasaan undang-undang berbanding isu kemanusiaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya