Iraq rampas 3 juta pil Captagon di sempadan Syria

Iraq rampas 3 juta pil Captagon di sempadan Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Pihak berkuasa Iraq memaklumkan berjaya merampas sebanyak tiga juta pil Captagon berhampiran sempadan Syria.

Pil Captagon merupakan ubat perangsang jenis amphetamine yang melanda Asia Barat selama bertahun-tahun.

Menurut pihak berkuasa sempadan Iraq, pil itu disembunyikan dalam kotak simpanan epal yang ‘dimuatkan ke dalam trak kontena’ dan ditemukan di persimpangan Al-Qaim antara wilayah Deir Ezzor Syria dan wilayah gurun Anbar di barat Iraq.

“Proses rampasan itu dilakukan melalui maklumat diterima daripada sumber kami dan dengan kerjasama risikan Briged ke-45 Pasukan Mobilisasi Popular,” jelas agensi itu dalam kenyataan itu.

Menurut agensi itu, pihaknya turut memaklumkan pemandu trak sudah ditahan.

“Sebuah jawatankuasa bersama juga dibentuk dan laporan mengenai rampasan pil Captagon sudah diserahkan,” jelasnya.

Sementara itu, seorang pegawai pihak berkuasa sempadan berkata, penghantaran dari Syria ke Iraq yang mengandungi pil Captagon dihasilkan oleh beberapa pengeluar tempatan.

Pasukan keselamatan Iran kini mempergiatkan lagi operasi memerangi dadah sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan beberapa rampasan dadah berprofil tinggi dilaporkan.

Iraq yang berkongsi sempadan dengan Syria, Arab Saudi, Iran, Kuwait dan negara lain dikatakan menjadi saluran utama untuk penyeludupan Captagon yang kebanyakannya dihasilkan di Syria dan mempunyai pasaran terbesar di negara Teluk Arab. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya