Hampir 700 kanak-kanak diracun gas toksik di Iran

Hampir 700 kanak-kanak diracun gas toksik di Iran

IBU bapa melakukan demonstrasi tanda protes selain menggesa kelas dalam talian dijalankan. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Hampir 700 kanak-kanak perempuan dilaporkan diracun dengan gas toksik di Iran sejak November lalu.

Lapor BBC, ramai percaya kejadian itu merupakan percubaan sengaja untuk memaksa sekolah kanak-kanak perem­puan itu ditutup.

Namun, tiada yang dilaporkan meninggal dunia setakat ini, tetapi berpuluh-puluh lagi mengadu mengalami masalah pernafasan, loya, pening dan keletihan.

Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Younes Panahi mengakui motif kejadian berpunca daripada sesetengah orang yang mahu sekolah perempuan ditutup.

Ketua pendakwa raya Iran ming­gu lalu mengumumkan bahawa mereka membuka siasatan jenayah berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata, maklumat yang ada menunjukkan kemungkinan perbuatan jenayah dan terancang.

Keracunan pertama berlaku pada 30 November lalu apabila 18 pelajar dari Sekolah Teknik Nour di bandar Qom dikejarkan ke hospital.

Sejak itu, lebih daripada 10 sekolah perempuan menjadi sasaran di wilayah sekitar.

Sekurang-kurangnya 194 kanak-kanak perempuan dilaporkan diracun pada minggu lalu di empat sekolah di bandar Borujerd, di wilayah barat Lorestan.

Pada Selasa, 37 lagi pelajar diracun di Sekolah Perempuan Khayyam di Pardis, berhampiran ibu negara Tehran.

Rata-rata kanak-kanak pe­rempuan yang diracun me­ngadu terdapat bau tangerine atau ikan busuk sebelum jatuh sakit.

Awal bulan ini, sekurang-kurangnya 100 orang me­lakukan protes di luar pejabat gabenor di Qom.

Sesetengah ibu bapa berkata, anak mereka sakit selama berminggu-minggu selepas keracunan.

Terdapat satu video dari hospital menunjukkan seorang remaja perempuan terbaring ter­pinga-pinga di atas katil dengan ibunya berada di sebelahnya.

“Ibu-ibu yang dihormati, saya seorang ibu dan anak saya berada di katil hospital dan anggota badannya lemah.

“Saya cubit dia tapi dia tak rasa apa-apa. Tolong jangan hantar anak awak ke sekolah,” kata ibu berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya