Generasi Z bantah Korea Selatan perkenal 69 jam kerja seminggu

Generasi Z bantah Korea Selatan perkenal 69 jam kerja seminggu

Generasi Z mahu waktu kerja dipendekkan bagi meningkatkan kualiti hidup. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan mahu memperkenalkan tempoh bekerja selama 69 jam setiap mingggu kepada setiap rakyatnya, namun hal itu dibantah oleh golongan milenium dan generasi Z di negara berkenaan.

Lapor CNN, golongan muda di negara itu menggesa minggu kerja yang lebih pendek untuk meningkatkan kesihatan mental dan meningkatkan produktiviti pekerja.

Malah, mereka mengganggap seluruh dunia mengamalkan jumlah jam bekerja yang lebih pendek, tetapi bukan di negara mereka sendiri.

Kerajaan Korea Selatan minggu ini terpaksa memikirkan semula rancangan yang akan menaikkan had waktu kerjanya kepada 69 setiap minggu, meningkat daripada had semasa 52 jam.

Namun perancangan itu terpaksa diubah setelah tercetus tindak balas dalam kalangan milenium dan pekerja generasi Z.

Pekerja dalam kuasa ekonomi Asia Timur itu sudah menghadapi beberapa jam terpanjang di dunia, menduduki tempat keempat di belakang Mexico, Costa Rica dan Chile pada 2021, menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Kematian akibat kerja berlebihan (gwarosa) juga dianggap fakta yang boleh diambil kira selain dianggap membunuh setiap tahun.

Bagaimanapun, kerajaan Korea Selatan dilaporkan bertindak meningkatkan had jam bekerja berikutan tekanan daripada kumpulan perniagaan yang mencari peningkatan dalam produktiviti, namun ditentang hebat daripada generasi muda dan kesatuan pekerja.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata bahawa kerajaan akan mengambil hala tuju baharu selepas mendengar pendapat umum dan berkata ia komited untuk melindungi hak dan kepentingan pekerja milenium, generasi Z dan bukan sahaja kesatuan sekerja.

Menaikkan had tempoh bekerja dilihat sebagai satu cara untuk menangani kekurangan tenaga kerja yang semakin meningkat yang dihadapi oleh negara berikutan kadar kesuburannya yang semakin berkurangan yang merupakan yang terendah di dunia dan penduduknya yang semakin tua.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya