Gambar UFO didakwa dirakam di Scotland - Utusan Malaysia

Gambar UFO didakwa dirakam di Scotland

GAMBAR menunjukkan objek asing di ruang udara Perthshire di Scotland yang dirakam pada 1990.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pakar UFO mendakwa berjaya menyelesaikan salah satu misteri makhluk asing terbesar dalam sejarah United Kingdom (UK) selama hampir 20 tahun.

Lapor Mirror UK, gambar yang disebut ‘Insident Calvine’ terkenal kerana dirakam di tempat kejadian yang menunjukkan sebuah objek aneh berbetuk segi tiga yang sedang terbang rendah.

Imej berkualiti tinggi yang diambil pada tahun 1990 itu mencetus fenomena kerana terdapat kapal terbang konvensional yang dilaporkan turut terbang bersama, sekali gus menambah kredibiliti kepada teori bahawa ia adalah penemuan UFO yang dikendalikan oleh tentera.

Tetapi kini penyiasat, Simon Holland percaya imej yang diambil di Perthshire di Scotland itu sebenarnya adalah pesawat tentera rahsia yang sedang menjalani ujian penerbangan.

Daily Record melaporkan bahawa imej tersebut diambil oleh pekerja hotel bernama Kevin Russell.

Namanya sebelum ini tidak didedahkan dan selepas ia dikongsi, Holland yang juga bekas Penerbit BBC Horizons, bercakap tentang teorinya, mencadangkan bahawa Pusat Aeroangkasa Britain sedang mengusahakan sistem pertahanan kalis radar baharu ketika itu.

Holland percaya bahawa projek itu mungkin termasuk kapal berbentuk berlian yang diiringi oleh jet Harrier milik persendirian.

“Saya membaca laporan Daily Record dan saya rasa wajar untuk mengatakan bahawa terdapat ramai orang di luar sana yang teruja dengan perkembangan menarik ini.

“Kevin Russell yang disebut dalam laporan itu pasti mempunyai lebih banyak cerita kerana melihat secara langsung apa yang berlaku dan dia boleh membantu menyelesaikan gambar yang kekal misteri ini,” kata Holland.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.